Dua tentera terbunuh ketika lakukan rondaan di Kashmir

Astro Awani
November 26, 2020 07:04 MYT
Anggota keselamatan menyoal orang awam berhampiran lokasi serangan di pinggir bandar Srinagar, Kashmir, 26 Nov, 2020. (Foto AP)
DUA tentera India maut dalam serangan pemberontak di wilayah kawalan India, Kashmir.
Menurut jurucakap tentera India, pemberontak melepaskan tembakan ketika tentera mengadakan rondaan di pinggir bandar Srinagar.
Operasi dilancarkan untuk mencari penyerang.
Kumpulan pemberontak menentang pemerintahan India sejak 1989.
Sehingga kini masih belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
Kashmir kini sedang dituntut dua negara, India dan Pakistan untuk hak mentadbir seluruh kawasan berkenaan.
Puluhan ribu orang awam, pemberontak dan pasukan penguatkuasa terbunuh susulan konflik di wilayah tersebut.
Serangan dilaporkan hampir setiap hari terutama di persempadanan kedua-dua negara kuasa nuklear itu.
#India #Pakistan #maut #tembakan #tentera #operasi #Kashmir #rondaan #pemberontak #serangan #Srinagar #sempadan
;