Dua sepupu lelaki dan dua wanita ditemui mati

Agensi
November 20, 2018 09:21 MYT
Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak polis menemui empat mayat dan satu daripadanya mempunyai kesan tembakan di kepala. - Foto AP
Empat termasuk dua wanita ditembak mati di tingkat bawah tanag sebuah rumah yang sedang diubah suai di Philadelphia pada Isnin.
Pihak polis menerima panggil kecemasan selepas beberapa ahli keluarga yang baharu sahaja tiba di rumah itu hairan apabila melihat pintu hadapan terbuka.
Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihak polis menemui empat mayat dan satu daripadanya mempunyai kesan tembakan di kepala.
Ini merupakan perbuatan tidak masuk akal dan tidak sepatutnya untuk meninggal dunia dalam keadaan sedemikian, kata Pesuruhjaya Polis, Richard Ross.
Ujarnya siasatan awal mendapati tiada unsur paksaan serta kaki dan tangan mangsa juga tidak terikat selain tidak ada pergelutan berlaku di rumah tersebut.
Dua daripada empat berusia 31 dan 20 tahun manakala dua lagi berusia 20 hingga 40 tahun.
Tambah Ross, dua daripada mangsa lelaki merupakan sepupu dan tinggal di rumah itu ketika proses ubah suai dilakukan.
#bawah tanah #bunuh diri #mangsa #mati #meninggal dunia #Philadelphia #polis #Richard Ross #rumah #siasatan #tembak #tembakan
;