Dua sekeluarga rentung karavan terbakar di Dublin

Agensi
Oktober 11, 2015 13:16 MYT
Pekerja kecemasan ketika tiba di kawasan nahas di Carrickmines pada awal pagi Ahad. - Foto AP/PETER MORRISON
Sepuluh individu termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut dalam kebakaran di kawasan perkhemahan pengembara di Ireland.
Kebakaran itu merupakan insiden terburuk pernah dicatatkan di Ireland dalam tempoh 34 tahun.
Mereka yang terkorban merupakan dua pasangan suami isteri, seorang saudara lelaki dan lima kanak-kanak.
Semua mereka tinggal berjiran dalam karavan bergerak berhampiran kaki gunung Dublin yang terletak di selatan ibu negara Ireland.
Menurut bomba, kebakaran bermula daripada salah sebuah karavan berkenaan sebelum merebak.
"Ketika tiba pada 4.34 pagi, kebakaran telah berlaku. Mangsa kebakaran dipindahkan menggunakan ambulans dengan bantuan rakan kami perkhidmatan ambulans kebangsaan," kata Dennis Keeley, Penolong Pegawai Bomba di Jabatan Bomba dan Penyelamat Dublin.
Pihak berkuasa tempatan menyediakan kawasan lapang di antara padang bola sepak dan ragbi sebagai kemudahan kepada pengembara untuk meletakkan karavan mereka sebelum meneruskan perjalanan.
#Dennis Keeley #dublin #karavan #kebakaran
;