Dua pelajar sekolah maut dalam kejadian tembak di AS
Agensi
Jun 11, 2014 15:32 MYT
Jun 11, 2014 15:32 MYT
Seorang lelaki bersenjatakan senapang rifel menembak maut seorang pelajar berusia 14 tahun dari sebuah sekolah di Oregon pada Selasa.
Ia merupakan kejadian terbaru yang melibatkan kejadian tembakan di sekolah.
Pnembak yang juga seorang pelajar Sekolah Tinggi Reynold, Oregon kemudian menembak dirinya sendiri.
Pihak polis menamakan mangsa sebagai Emilio Hoffman, maut di dalam bilik persalinan pelajar lelaki di bangunan jimnasium sekolah berkenaan.
Namun begitu, identiti penembak berkenaan yang ditemui di sebuah tandas masih belum dikenalpasti.
Ketua Polis Troutdale Scott Anderson memuji tindakan dua pegawai sekolah terbabit kerana memberikan respon yang cepat ketika kejadian.
“Saya percaya tindakan pantas mereka telah menyelamatkan ribuan nyawa” katanya, namun Anderson tidak dapat mengesahkan sama ada pembunuh membunuh diri sendiri atau telah ditembak.
Saksi melaporkan bahawa pelajar-pelajar dan guru-guru bersembunyi di dalam bilik darjah masing-masing semasa kejadian tembak itu berlaku.
Menurut polis, seorang guru turut mengalami kecederaan.