Dua peguam Trump tarik diri menjelang perbicaraan mahkamah Februari depan
Agensi
Januari 31, 2021 11:38 MYT
Januari 31, 2021 11:38 MYT
WASHINGTON: Peguam, Butch Bowers dan Deborah Barbier dilaporkan telah menarik diri daripada pasukan peguam yang mewakili Donald Trump dalam perbicaraan pendakwaan bekas Presiden Amerika Syarikat itu.
Penarikan diri itu dikatakan dibuat kedua-dua mereka disebabkan perbezaan pendapat dalam kes berkenaan.
Mereka juga dilaporkan enggan mengadakan perbincangan secara tertutup mengenai keputusan itu.
Bagaimanapun, ada ura-ura mengatakan, pasukan peguam mewakili Trump itu akan menerima anggota baharu dalam masa sehari atau dua hari lagi.
Sehingga kini mereka masih berdiam diri dan tiada kenyataan rasmi dikeluarkan Bowers dan Barbier.
Trump dijangka dibicarakan pada 8 Februari depan atas tuduhan menghasut penyokong mengadakan rusuhan di Capital Hill, Washington D. C. bulan lalu.
Bekas Presiden itu mendakwa perbicaraan ke atasnya itu tidak mengikut perlembagaan kerana beliau tidak lagi memegang jawatan nombor satu di Amerika Syarikat.