Dua militan terbunuh, polis Perancis giat operasi buru dalang
Agensi
November 18, 2015 18:47 MYT
November 18, 2015 18:47 MYT
Dua suspek pengganas yang berkurung dalam sebuah apartmen di bahagian utara Paris terbunuh dalam satu serbuan polis pada Rabu, termasuk seorang wanita yang mengorbankan dirinya dengan meletupkan jaket yang mempunyai bahan letupan.
Sementara itu sekurang-kurangnya tiga polis cedera dalam satu operasi memburu ahli militan warga Belgium, Abdelhamid Abaaoud, yang dipercayai dalang di sebalik serangan yang mengorbankan 129 nyawa di Paris pada Jumaat.
Operasi tersebut dilakukan sebelum waktu Subuh, iaitu kira-kira jam 4.30 pagi waktu tempatan, di sebuah apartmen di persimpangan Rue de la Republique dan Rue Corbillion.
Polis sebelum ini berkata dua hingga empat suspek disyaki berada di dalam apartmen berkenaan.
Kawasan serbuan polis diakukan berkenaan dilakukan berdekatan dengan Stade de France iaitu salah sebuah kawasan yang menjadi lokasi serangan militan yang bersenjata dan pengebom berani mati pada Jumaat lalu.
Seorang penduduk tempatan yang dikenali sebagai Alexia memberitahu AFP, dia terdengar bunyi das tembakan tanpa henti dan beberapa letupan bom.
Sementara itu, pemandu teksi yang dikenali Reda berkata dia turut mendengar beberapa das tembakan mesingan di kawasan yang sama.
"Saya dengar bunyi tembakan dan saya keluar dari kereta. Tiba-tiba seorang polis yang bertopeng menghalang kami dan mengarahkan kami untuk beredar.
Serbuan itu lakukan berikutan Eropah kini berada keadaan berjaga-jaga selepas satu rakaman yang menunjukkan salah satu tempat serangan pada Jumaat didapati menjadi tempat suspek kesembilan berada.
Pada malam Jumaat lalu, insiden serangan di beberapa kawasan di Paris telah membunuh 129 orang dan mencederakan lebih 350 mangsa, dengan sebahagian daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.