Dua maut, puluhan ribu terkandas akibat banjir teruk di Australia

Agensi
April 1, 2017 12:02 MYT
Berpuluh-puluh ribu penduduk Australia terkandas menghadapi air banjir pada Sabtu, selepas taufan kuat melanda pantai timur negara itu. - Foto: Reuters
Berpuluh-puluh ribu penduduk Australia terkandas menghadapi air banjir pada Sabtu, selepas taufan kuat melanda pantai timur negara itu, sekaligus memusnahkan banyak jambatan dan membunuh dua orang, lapor Reuters.
Zon bencana itu bermula dari Debbie menjangkau 1,000km (600 batu) dari pulau-pulau peranginan tropika Queensland dan Gold Coast ke New South Wales, yang menjejaskan lebih daripada 100,000 rumah yang terputus elektrik.
Enam sungai terbesar di kawasan tersebut telah mencapai tahap banjir yang maksimum dan paras air masih sedang meningkat di beberapa kawasan, kata Biro Meteorologi.
Pihak berkuasa mengarahkan pemindahan lanjut di bahagian utara New South Wales pada hari Sabtu, manakala bandar Rockhampton di Queensland bersedia untuk menghadapi banjir tahap banjir tertinggi pada minggu depan, kata Polis Queensland.
Polis berkata, mereka menemui mayat dua wanita dalam kejadian banjir tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak berkuasa bimbang bahawa mungkin lebih ramai telah mati dalam kejadian itu.
Perdana Menteri Malcolm Turnbull menggesa orang ramai untuk mendengar nasihat daripada pihak berkuasa.
"Ini adalah masa yang sangat berbahaya di kawasan-kawasan yang dibanjiri ini. Saya ingin menasihati kepada semua orang yang terjejas oleh banjir ini , jangan masuk dalam air banjir," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Taufan Debbie, iaitu taufan kategori keempat, yang melanda Queensland pada Selasa.
Tahap taufan tertinggi di Australia adalah tahap kelima.
#Australia #banjir #Kemusnahan #taufan debbie #zon bencana
;