Dua maut, puluhan cedera serangan udara Israel
Astro Awani
Januari 5, 2024 08:20 MYT
Januari 5, 2024 08:20 MYT
RAFAH: Dua terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas sebuah rumah di Rafah pada Khamis.
Rakaman daripada agensi berita Reuters menunjukkan penduduk tempatan dan pertahanan awam mengangkat sendiri runtuhan dengan tangan mereka bagi mencari mangsa yang terselamat.
Usaha menyelamat ini hanya dijalankan dengan menggunakan lampu telefon bimbit kerana ketiadaan elektrik.
Ledakan serangan dari darat dan udara Israel kini memusnahkan Gaza.
Jumlah kematian Palestin yang direkodkan telah mencecah 22,438 pada Khamis, hampir 1 peratus daripada 2.3 juta penduduknya, kata Kementerian Kesihatan Gaza.
Sebanyak 125 terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu.