Dua maut, lima cedera dalam kejadian tembakan rambang di Quetta

Agensi
April 15, 2018 05:43 MYT
Orang ramai membantu mengangkat ke dalam ambulan mayat seorang Kristian yang terbunuh dalam satu kes tembakan di Quetta, Pakistan, 2 April, 2018. REUTERS / Fail
Dua maut manakala lima cedera di barat daya Quetta, Pakistan apabila dua lelaki bersenjata melepaskan tembakan secara rambang berdekatan sebuah gereja.
Mereka menyasarkan kumpulan jemaah yang baru selesai beribadah di gereja di kejiranan Eisa Nagri di ibu kota wilayah Baluchistan.
Menurut kenyataan seorang pegawai polis, Javed Ahmed, seorang kanak-kanak perempuan antara yang tercedera dalam insiden tembakan tersebut manakala dua lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Pihak polis masih memburu kedua-dua suspek di sekitar kawasan kejadian dan setakat ini masih belum ada pihak yang tampil bertanggungjawab melancarkan serangan terbabit.
Susulan kejadian, orang awam berkumpul menganjurkan protes terhadap kerajaan Baluchistan.
Baluchistan merupakan kawasan pemberontakan peringkat rendah oleh kumpulan pemisah Baluch dan menjadi lokasi beberapa kumpulan pengganas.
#baluch #baluchistan #Pakistan #Quetta #tembakan rambang
;