Dua maut, lebih 20 cedera kejadian tembakan di Florida
Agensi
Mei 30, 2021 22:54 MYT
Mei 30, 2021 22:54 MYT
MIAMI: Sekurang-kurangnya dua maut dan lebih 20 orang cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah dewan konsert di Florida, Amerika Syarikat.
Kejadian tersebut berlaku antara pukul 12 tengah malam dan 1 pagi (waktu tempatan) di Hialeah, sebuah bandar di utara Miami.
"Tiga orang dari sebuah kereta berwarna putih bersenjatakan senapang mula melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai," kata pengarah polis Alfredo Ramirez III kepada wartawan.
Salah seorang yang cedera dalam keadaan kritikal, kata polis.
Kira-kira 25 mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan, lapor media tempatan.
Agensi berita Associated Press melaporkan kejadian berlaku di luar El Mula Banquet Hall, yang telah disewa untuk sebuah konsert.
Suspek dikatakan telah melarikan diri dari tempat kejadian sejurus melepaskan tembakan.
Belum ada sebarang penahanan dibuat setakat ini.
"Keganasan melibatkan senjata api seperti ini harus dihentikan. Setiap hujung minggu, perkara yang sama. Ia jelas dilakukan dengan niat," katanya.