Dua maut ketika ulang tahun rampasan kuasa di Myanmar
Astro Awani
Februari 1, 2022 07:18 MYT
Februari 1, 2022 07:18 MYT
DUA terbunuh manakala 38 yang lain cedera dalam serangan bom tangan pada perhimpunan di timur Myanmar pada Selasa.
Menurut pihak berkuasa tempatan, insiden berlaku ketika protes anti-rampasan kuasa berlangsung di seluruh negara pada ulang tahun pertama junta tentera mengambil alih kerajaan.
Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas serangan berkenaan.
Tindakan tentera menggulingkan pemimpin dipilih, Aung San Suu Kyi telah mencetuskan protes besar-besaran.
Tindakan keras junta tentera dilapor mengakibatkan 1,500 orang awam terkorban.
Dalam protes berkenaan, dilaporkan 10 orang ditahan di Yangon.
Pihak junta juga mengarahkan kedai-kedai dibuka pada Selasa namun ramai mengambil langkah menutupnya.
Pada masa sama, ribuan individu berhimpun di ibu kota Naypyitaw menyatakan sokongan terhadap kemimpinan tentera.
Video yang disediakan pihak berkuasa tentera menunjukkan, orang ramai berkumpul di padang bagi mendengar ucapan sebelum berarak di jalan raya, sambil ada yang membawa sepanduk.