Dua maut helikopter terhempas di lebuh raya

Astro Awani
November 22, 2022 07:45 MYT
Keadaan helikopter yang terhempas di Lebuhraya Interstate 77 South di Charlotte, AS. - Foto AP
CHARLOTTE: Seorang juruterbang dan pakar meteorologi maut selepas helikopter yang dinaiki mereka terhempas di lebuh raya Charlotte, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.
Ketika kejadian, pakar meteorologi tersebut sedang bersiap sedia membuat liputan untuk stesen televisyen North Carolina, WBTV.
Petugas stesen berkenaan membuat pengesahan mangsa tiga jam selepas kejadian berlaku.
Kedua-dua mangsa dikenal pasti sebagai pakar meteorologi Jason Myers dan juruterbang Chip Tayag.
Nahas berlaku di Lebuhraya Interstate 77.
Menurut Ketua Polis Charlotte-Mechlenburg, Johnny Jennings, tiada kenderaan lain terlibat dalam kejadian itu.
Jelasnya, saksi kejadian memberitahu juruterbang berkenaan berjaya mengelak kawasan sesak lebuh raya tersebut sebelum terhempas.
#Nahas #helikopter #Juruterbang #pakar meteorologi
;