Dua maut dalam kejadian jambatan runtuh di Brazil

Agensi
Julai 3, 2014 23:30 MYT
Menurut bomba, 13 yang lain berjaya diselamatkan - (AP Photo/Victor R. Caivano)
Dua maut, manakala 19 yang lain cedera apabila sebuah jambatan yang dalam pembinaan runtuh di Belo Horizonte, Brazil sebelum menghempap beberapa kenderaan yang lalu di bawahnya termasuk sebuah bas.
Ia dilaporkan oleh jabatan kesihatan wilayah Minas Gerais negara itu.
Menurut bomba, 13 yang lain berjaya diselamatkan namun pemandu wanita bas berkenaan menemui ajal di tempat kejadian.
Runtuhan berlaku di kawasan pembinaan infrastruktur untuk temasya Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung dimana Brazil menjadi tuan rumah.
Jambatan berkenaan terletak kira-kira lima kilometer dari Stadium Mineirao antara venue perlawanan Piala Dunia.
Sehingga kini, tiada laporan berkenaan penglibatan pelancong dalam insiden itu.
Projek berkenaan sepatutnya siap sebelum kejohanan piala dunia bermula tetapi telah tergendala.
#Brazil #jambatan #runtuh #stadium #Terbunuh