Dua maut dalam kebakaran di syarikat farmasi

Bernama
Julai 1, 2023 11:40 MYT
Berlaku letupan ketika pelarut dicampur dalam reaktor di Sahithi Pharma Private Limited. - Foto Twitter/Aprajita Choudhary
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala lima lagi cedera dalam kebakaran di sebuah syarikat farmaseutikal di Andhra Pradesh, India pada Jumaat.
Berlaku letupan ketika pelarut dicampur dalam reaktor di Sahithi Pharma Private Limited yang terletak di zon perindustrian khas Atchutapuram di daerah Anakapalli, lapor media tempatan.
"Dua pekerja yang melecur 90 peratus akibat letupan itu meninggal dunia ketika menjalani rawatan di Hospital KGH di Visakhapatnam," lapor agensi berita PTI.
Kira-kira 36 pekerja berada di reaktor berkenaan ketika kejadian itu berlaku.
-- BERNAMA
#kebakaran #syarikat farmaseutikal #letupan #Sahithi Pharma Private Limited
;