Dua maut dalam insiden tembakan di Los Angeles

Agensi
Julai 25, 2022 05:00 MYT
Petugas membawa mangsa kejadian tembakan di Peck Park, San Pedro, Los Angeles. - Reuters
LOS ANGELES: Dua maut manakala lima lagi cedera dalam satu insiden tembakan yang berlaku di sebuah pameran kereta di San Pedro, Los Angeles, pada petang Ahad waktu tempatan.
Reuters melaporkan tujuh mangsa dibawa ke hospital berdekatan, dan dua daripada mereka, seorang lelaki dan seorang wanita, meninggal dunia.
Mangsa terdiri daripada empat lelaki dan tiga wanita, berumur antara 23 hingga 54 tahun.
Pameran kereta itu merupakan perhimpunan pemilik kereta di sekitar kawasan California Selatan, di mana pemilik kereta klasik berkumpul di tempat awam untuk mempamerkan kenderaan mereka.
Belum ada butiran punca kejadian dan identiti suspek sedang dikenal pasti.
Polis bagaimanapun menolak kemungkinan kejadian itu sebagai kejadian tembakan rambang, sebaliknya akibat daripada pertelagahan antara dua kumpulan.
#tembakan #Los Angeles #pameran #California