Dua maut, berpuluh cedera nahas kereta api di Philadelphia

AFP
April 4, 2016 16:13 MYT
Kereta api Amtrak berkenaan yang dalam perjalanan dari New York ke Savannah, Georgia membawa 350 penumpang dan kru. - Foto Mark Makela/Getty Images/AFP
Dua orang awam maut dan apabila sebuah kereta api tergelincir selepas berlanggar dengan bahan binaan di atas landasan di selatan Philadelphia pada Ahad.
Beerpuluh-puluh individu lain turut dilaporkan mengalami kecederaan serius dalam kejadian membabitkan kereta api Amtrak yang dalam perjalanan dari New York ke Savannah, Georgia.
Dalam satu kenyataan, perkhidmatan kereta api Amtrak berkata kereta api terbabit mengalami pelanggaran dengan sebuah jengkaut yang berada di atas landasan mengakibatkan enjin utama kereta api tergelincir.
Kereta api Amtrak berkenaan yang dalam perjalanan dari New York ke Savannah, Georgia membawa 350 penumpang dan kru.
Insiden di bandar Chester, Pennsylvania tersebut berlaku kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan.
Menurut Suruhanjaya Bomba Chester, Travis Thomas, 35 penumpang yang tercedera telah dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Penumpang ketika ini telah ke Philadelphia untuk mengambil semula barangan mereka,” kata Travis.
Seorang penumpang berusia 15 tahun memberitahu pemberita bahawa perjalanan kereta api berkenaan mengikut jadual pada mulanya sebelum berhenti secara tiba-tiba.
“Kami berada dalam kereta api berkenaan dan pada mulanya perjalanan sangat lancar sebelum bunyi bising dari bahagian roda mula mengeluarkan bunyi bising.
“Saya rasa kami tergelincir daripada landasan. Kemudian banyak sangat debu. Debu berada di sekeliling kami. Konduktor keretapi berkenaan kemudian dilihat berlari melulu ke arah bahagian depan kereta api.
“Kemudian berlaku satu letupan, dan nyalaan api. Tingkap kereta api pun pecah, dan ada yang mengalami kecederaan ringan. Selepas itu, semua yang berada dalam kerata api itu berlari menyelamatkan diri,” tambahnya.
#Amtrak #kereta api #New York
;