Dua maut, 6 dimasukkan ke hospital dalam insiden tembakan di Texas

Bernama
Jun 16, 2024 23:35 MYT
Dua orang maut dan sekurang-kurangnya enam lagi dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius dalam insiden tembakan semasa sambutan Junteenth di Texas. - Foto hiasan
MOSCOW: Dua orang maut dan sekurang-kurangnya enam lagi dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius dalam insiden tembakan semasa sambutan Junteenth di Texas, lapor Sputnik memetik laporan ABC News pada Ahad.
Kejadian itu berlaku kira-kira 11 malam waktu tempatan pada Sabtu (4:00 GMT Ahad) di sebuah taman apabila pergaduhan tercetus antara dua kumpulan, yang membawa kepada tembakan.
Pihak berkuasa belum mengesahkan jumlah individu yang terlibat dalam kejadian tembakan itu. Selain kematian dan mereka yang dimasukkan ke hospital, dua lagi kanak-kanak dan empat orang dewasa turut dibawa ke unit trauma.
Juneteenth juga dikenali sebagai Hari Pembebasan atau Hari Kebebasan, memperingati 19 Jun 1865, apabila Pengisytiharan Pembebasan Presiden Abraham Lincoln menamatkan perhambaan.
Texas adalah negeri pertama yang mengisytiharkan Juneteenth sebagai cuti pada 1980 dan sebelum ia menjadi cuti persekutuan, 45 negeri dan Daerah Columbia mengiktirafnya sebagai hari peringatan.
-- BERNAMA
#insiden tembakan #Texas #sambutan Junteenth #Hari Pembebasan
;