Dua maut, 13 cedera tembakan rambang di pasar raya
Astro Awani
September 23, 2021 04:42 MYT
September 23, 2021 04:42 MYT
SEKURANG-KURANGNYA dua maut, manakala 13 lagi cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah pasar raya di Tennessee, Amerika Syarikat.
Insiden itu dilaporkan berlaku pada 1.30 petang Khamis waktu tempatan di bandar Collierville, lapor USA Today.
Ketua Polis Collierville, Dale Lane berkata, suspek maut dipercayai selepas menembak diri sendiri.
Menurutnya, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital dan ada di antaranya yang cedera parah.
Katanya, ketika pencarian penyerang dibuat, suspek ditemui mati akibat luka tembakan.
Setakat ini, Identiti penembak dan mangsa belum dikenal pasti dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca serangan berkenaan.