Dua mati di insiden kebakaran paling teruk di Colorado
Astro Awani
Jun 14, 2013 18:48 MYT
Jun 14, 2013 18:48 MYT
Dua orang mati setelah cuba melarikan diri dari kebakaran yang melanda kawasan barat wilayah Colorado yang telah memusnahkan 360 kediaman. Pihak berkuasa, pada Khamis, berkata ini adalah insiden paling teruk di wilayah berkenaan.
Seramai 38,000 penduduk diarah berpindah dari rumah masing-masing setelah kebakaran melanda wilayah Colorado. Namun pihak berkuasa berkata jumlah kediaman yang musnah dan jumlah pemindahan tidak meningkat pada hari yang sama.
Dua mangsa ditemui berhampiran kenderaan mereka di kawasan perhutanan dan dilihat seperti sedang mengemas barang untuk berpindah namun gagal menyelamatkan diri dari lokasi kebakaran, kata Sherif daerah El Paso Terry Maketa.
“Ia seperti individu berkenaan berada di dalam garaj, pintu kereta terbuka, dan seperti sedang meletak benda di dalam kereta atau sedang mengambil lagi barang di saat akhir,” kata beliau.
“Yang pasti mereka ingin keluar dari tempat berkenaan dengan secepat mungkin.”
Maketa tidak memberi jumlah rumah yang telah musnah. Pada Khamis pagi, angka berkenaan adalah 360. “Saya yakin tiada lagi rumah yang musnah pada hari ini,” kata beliau kepada wartawan.
Inside kebakaran yang paling teruk di negeri berkenaan mengakibatkan 13,000 penduduk untuk berpindah dan melibatkan kawasan 15,700 hektar tanah.
Suhu panas, keadaan kering dan angin kencang menyebabkan kebakaran berlaku.