NARATHIWAT: Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Rangae, Narathiwat, selatan Thailand.
Dalam insiden itu, seorang renjer turut mengalami kecederaan,
Ketua Renjer Ke-45 Kol. Thawirat Benjatikul berkata pasukan keselamatan mengepung sebuah rumah di daerah Rangae, Narathiwat sejak 2 petang (waktu tempatan) Jumaat selepas menerima maklumat dua lelaki dipercayai anggota militan bersembunyi dalam rumah itu.
"Pasukan keselamatan menasihatkan kedua-dua lelaki itu menyerah diri namun mereka enggan dan terus melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan. Ibu bapa seorang daripada suspek cuba memujuk kedua-dua lelaki itu menyerah diri namun gagal.
"Pasukan keselamatan kemudiannya menemui satu mayat dalam rumah dan satu lagi di perkarangan rumah. Selain itu, tiga laras senjata api dipercayai milik suspek turut ditemui," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini.
Pada 20 Januari lalu, dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Sai Buri, Pattani.
Sementara itu, di YALA, sekurang-kurang 17 letupan bom menggegarkan bandar Yala semalam menyebabkan seorang penduduk mengalami kecederaan.
Jurucakap Pusat Arahan Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC) Bahagian Ke-4 Pol Kol Kiattisak Neewong berkata kejadian bermula kira-kira 9.10 malam (waktu tempatan), sebanyak 17 letupan bom berlaku di 20 kawasan di Pekan Yala.
Beliau berkata seorang lelaki berusia 60 tahun mengalami kecederaan ringan dalam insiden itu.
"Skuad pemusnah bom turut mengesan beberapa butir bom lagi yang masih aktif dan ia berjaya dimusnahkan hari ini," katanya pada satu sidang media di Pattani hari ini.
Beliau berkata bom buatan sendiri seberat 400 hingga 500 gram dipasang dan diaktifkan dengan jangka masa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022

Pada 20 Januari lalu, dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan di Sai Buri, Pattani. - Gambar hiasan/ Astro AWANI
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Thailand seru rakyatnya di Malaysia pulang, teroka peluang pekerjaan
Ramai rakyat Thailand, terutama dari wilayah selatan berhijrah ke Malaysia untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaan serta restoran.

Rakyat Malaysia antara mangsa letupan bom berhampiran balai polis di selatan Thailand
Seorang warga Malaysia dan enam anggota sukarelawan pertahanan cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran Balai Polis Daerah Mueang Pattani, Wilayah Pattani, selatan Thailand, pagi Isnin.

Tiga renjer cedera dalam insiden tembakan, letupan bom di Narathiwat
Pihak polis menerima laporan mengenai kejadian tembakan melibatkan kira-kira 10 suspek kumpulan bersenjata dengan anggota renjer.

Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.

Thailand bersiap sedia hadapi gelombang kedua hujan lebat, banjir di wilayah selatan
Antara wilayah yang dijangka terjejas termasuk Chumphon, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Phatthalung, Songkhla, Ranong, Trang, Pattani, Yala, dan Narathiwat.

14 wilayah selatan Thailand ambil langkah waspada hadapi banjir 3-5 Disember
Antara wilayah terlibat adalah Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Songkhla, Pattani, Yala, Narathiwat, Phang Nga, Phuket, Krabi dan Satun.

Kerajaan Thailand gerakkan dana kecemasan bantu mangsa banjir di selatan
Jabatan Pencegahan dan Tebatan Bencana (DDPM) dikehendaki mengemukakan cadangan lanjut kepada Kabinet untuk menangani keperluan khusus di setiap kawasan yang terjejas

Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir selepas hujan lebat 5 hari
Kawasan perdagangan utama di Pattani mengalami banjir teruk akibat limpahan Sungai Pattani, dengan paras air mencecah sehingga satu meter.