Dua lagi disahkan maut ketika daki Gunung Klyuchevskaya Sopka di Rusia

Bernama
September 5, 2022 18:22 MYT
Dua lagi disahkan maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka di Kamchatka, Rusia, menjadikan jumlah korban setakat ini lapan orang dan usaha menyelamat terpaksa dihentikan ekoran cuaca buruk. - Foto REUTERS
VLADIVOSTOK (Rusia): Dua lagi disahkan maut ketika mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka di Kamchatka, Rusia, menjadikan jumlah korban setakat ini lapan orang dan usaha menyelamat terpaksa dihentikan ekoran cuaca buruk, lapor Xinhua.
Seorang pegawai tempatan pada Isnin berkata operasi menyelamat akan diteruskan sebaik keadaan cuaca mengizinkan, lapor Agensi Berita TASS.
Seramai 10 pelancong Rusia dan dua jurupandu arah melakukan ekspedisi mendaki gunung Klyuchevskaya Sopka pada Selasa.
BACA: Enam maut ketika daki Gunung Klyuchevskaya Sopka
Pada Sabtu, sembilan daripada peserta itu meneruskan pendakian manakala tiga lagi kekal di kem yang terletak pada ketinggian 3,300 meter.
Sebelum ini, enam pendaki dilaporkan maut akibat terjatuh dari ketinggian kira-kira 4,150 meter.
Klyuchevskaya Sopka, ialah gunung berapi aktif tertinggi di Eurasia, dengan ketinggian kira-kira 4,750 meter.
-- BERNAMA
#daki gunung #Klyuchevskaya Sopka #Rusia #cuaca buruk
;