DUA kapal kargo bertembung di Laut Baltik pada Isnin di perairan berhampiran bandar Ystad, Sweden dan pulau Bornholm, Denmark.
Menurut Pentadbiran Maritim Sweden, operasi menyelamat telah digerakkan dengan sekurang-kurangnya 10 bot penyelamat dari Denmark dan Sweden berada di lokasi.
“Kami tidak pasti bagaimana insiden ini berlaku,” kata Jonas Franzen, pengurus komunikasi di Pentadbiran Maritim Sweden kepada agensi berita SVT.
Tambah Jonas, anggota penyelamat turut mengesan beberapa bunyi jeritan dari laut.
Salah sebuah kapal, Karin Hoej berukuran 55 meter panjang berlayar di bawah bendera Denmark manakala kapal Scot Carrier berukuran 99 meter panjang berlayar di bawah bendera Britain.
“Sekurang-kurangnya dua orang berada atas kapal Denmark berkenaan. Namun, kami tidak pasti berapa ramai sebenarnya berada di atas kapal tersebut,” kata Franzen.
Setakat ini, tiada mangsa dijumpai oleh anggota penyelamat.
Kapal kargo dari Denmark itu berada dalam perjalanan dari Södertälje, Sweden ke Nykøbing Falster, Denmark, manakala kapal Britain pula dalam perjalanan dari Salacgriva, Latvia ke Montrose di United Kingdom.
Agensi
Mon Dec 13 2021
Menurut Pentadbiran Maritim Sweden, operasi menyelamat telah digerakkan dengan sekurang-kurangnya 10 bot penyelamat dari Denmark dan Sweden berada di lokasi. - Foto REUTERS
Mangsa banjir meningkat di lima negeri
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan peningkatan kepada 191 orang setakat 6 pagi Selasa, berbanding 183 mangsa semalam.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Malaysia alu-alukan kunjungan kapal Tentera Laut Jerman di Pelabuhan Klang
Kedua-dua kapal Tentera Laut Jerman itu adalah sebahagian daripada Indo-Pacific Deployment 2024 (IPD24).
Tinggalkan lokasi insiden pelanggaran, APMM giat kesan kapal MT Ceres 1
Usaha APMM jejak kapal tangki itu giat dilakukan dengan mengatur gerak pesawat amfibia Bombardier CL 415 MP bagi tujuan penyelamatan dan siasatan.
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Kapal bawa bantuan ke Gaza mula belayar
Perjalanan Open Arms dijadual sejauh 216 batu nautika, disifatkan operasi paling sukar.
Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang
Ketibaan kapal itu disambut Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Ee Tai Peng.
Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023
Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kerjasama global perlu terus ditingkatkan.
Pelarian Rohingya mendarat di Indonesia selepas sebulan terkandas di laut
Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad.
Air Selangor: Tarif baharu untuk pengguna bukan domestik bermula 1 Ogos
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu melibatkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal.
Serpihan kapal penjelajah kutub 'Endurance' yang karam pada 1915 ditemui
Kapal layar 'Endurance' dengan tiga tiang itu yang karam ketika misi Shackleton untuk membuat lintasan darat pertama Antartika ditemui kira-kira 3,000 meter di dasar laut.