Dua kanak-kanak maut, bot pelancong bertembung
Agensi
Februari 10, 2020 23:09 MYT
Februari 10, 2020 23:09 MYT
Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak warga Rusia maut dalam kemalangan membabitkan dua bot di Phuket, Thailand pada Isnin.
Mangsa merupakan seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang masing-masing berusia 12 dan enam tahun.
Menurut pihak berkuasa, 20 penumpang lain dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Bot ‘Payan 5’ itu dilaporkan dalam perjalanan ke Royal Phuket Marina untuk mengambil pelancong sebelum dilanggar sebuah bot di timur pulau tersebut.
Menurut jurucakap pegawai kanan polis, kapal tersebut membawa 34 penumpang yang kebanyakannya pelancong Rusia.
Setakat ini, punca kemalangan masih dalam siasatan.
#bot pelancong bertembung
#Kanak-kanak
#kemalangan
#kemalangan bot
#mangsa
#pelancong
#Phuket
#Rusia
#Thailand