Dua kanak-kanak antara tiga maut dalam insiden tembakan

Astro Awani
Jun 1, 2023 08:00 MYT
Rumah di mana insiden tembakan yang meragut nyawa tiga individu berlaku, dua daripadanya kanak-kanak berusia 8 dan 9 tahun. - Foto AP
PENNSYLVANIA: Tiga terbunuh, dua daripada mereka merupakan kanak-kanak berusia 8 dan 9 tahun, dalam kejadian tembakan yang berlaku di timur Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS).
Insiden turut menyebabkan seorang mangsa cedera.
Ketua Polis Daerah Lebanon memaklumkan, kejadian berlaku pada jam 10 malam, Selasa di sebuah rumah.
Berdasarkan siasatan awal, salah seorang mangsa merupakan sasaran awal manakala tiga lagi mangsa sasaran tidak terlibat dalam kejadian sama.
Tambahnya, kesemua mangsa yang terlibat merupakan penghuni rumah itu.
Anggota pasukan SWAT melakukan pencarian di sebuah rumah dan berjaya menahan seorang suspek.
Namun setkat ini tidak jelas jumlah suspek yang terlibat dalam kes tersebut.
Punca kejadian juga masih dalam siasatan.
#tembakan #Kanak-kanak #suspek #rumah
;