Dua individu terkait 1MDB dihukum penjara, denda RM1.4bil

Ibrahim Sani
Jun 16, 2019 22:04 MYT
Khadem al Qubaisi dan Mohammed Badawy al Husseiny disebutkan dalam buku 'Billion Dollar Whale' yang ditulis oleh wartawan WSJ tentang pembabitan mereka dalam skandal 1MDB / Gambar Fail
Khadem al Qubaisi dan Mohammed Badawy al Husseiny, yang sebelum ini pernah disebut sebagai terkait dengan isu 1MDB, telah dijatuhkan hukuman penjara.
Perkara ini dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ) yang menyatakan bahawa isu ini diketahui melalui sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Kriminal Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Al Qubaisi, seorang warganegara UAE dikenakan hukuman penjara 15 tahun, manakala Al Husseiny, seorang warganegara Amerika Syarikat, dipenjara 10 tahun.
Al Qubaisi, pernah terajui syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Company (IPIC), manakala Al Husseiny pernah terajui anak syarikat IPIC.
Kedua-dua mereka dikehendaki membayar denda sebanyak EUR300 juta (RM1.4 bilion), separuh kepada IPIC yang dianggap 'kuda tunggangan' penipuan mereka, dan separuh lagi kepada kerajaan UAE.
Laporan WSJ turut menyatakan bahawa Al Qubaisi, disabitkan kesalahan untuk 'mencuri' sebanyak EUR149 juta (RM700 juta) dengan menjual saham syarikat yang beliau kendalikan, tanpa memberitahu pihak berkuasa tentang pemilikan saham itu, sebanyak EUR210 juta.
Lain-lain butiran tentang isu ini belum dapat diketahui oleh pihak umum, sepertimana dilaporkan oleh WSJ.
#1MDB #Amerika Syarikat #International Petroleum Investment Company #IPIC #Khadem al Qubaisi #mahkamah #Mohammed Badawy al Husseiny #UAE #Wall Street Journal
;