Dua hospital terbesar di Gaza ditutup

Agensi
November 13, 2023 10:20 MYT
Ia susulan penembak tepat Israel terus melepeaskan tembakan terhadap sesiapa sahaja berhampiran Hospital Al-Shifa. - Maxar Technologies/Handout via REUTERS
SEMENANJUNG GAZA: Dua hospital terbesar di Gaza, Al-Shifa dan Al-Quds, telah ditutup, dengan penembak tepat Israel terus melepeaskan tembakan terhadap sesiapa sahaja berhampiran Hospital Al-Shifa, sekali gus memerangkap ribuan orang di dalamnya.
Tiga bayi yang baru lahir antara yang meninggal dunia selepas hospital itu tidak dapat meneruskan operasi susulan tentera Israel yang mengepung kawasan itu sepenuhnya.
Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran kemungkinan lebih ramai pesakit, termasuk bayi pramatang akan menjadi mangsa.
Ketua dasar luar Kesatuan Eropah Josep Borrell berkata humanitarian pause sangat diperlukan untuk membolehkan pesakit diberikan rawatan segera.
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah berkata perjalananan orang awam berpindah di Semenanjung Gaza adalah tidak menentu dan tidak selamat.
Lebih 11,100 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober, namun jumlah itu tidak dikemas kini susulan hubungan yang terputus dengan hospital utama, Jumaat lalu. - Agensi
#Palestin #Gaza #Israel #Hospital
;