Dua hakim maut, seorang cedera dalam insiden tembakan di luar Mahkamah Agung Tehran - Laporan
Bernama
Januari 18, 2025 21:15 MYT
Januari 18, 2025 21:15 MYT
TEHRAN: Dua hakim Mahkamah Agung Iran maut manakala seorang lagi cedera dalam insiden tembakan di luar bangunan mahkamah itu di Tehran pada Sabtu, lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik agensi berita Fars.
Seorang lelaki bersenjata dipercayai telah menceroboh Mahkamah Agung dan menembak mati dua hakim. Seorang lagi hakim serta pengawal peribadi mereka turut mengalami kecederaan. Penembak berkenaan dilaporkan membunuh diri.
Agensi berita itu melaporkan bahawa hakim-hakim berkenaan mempunyai pengalaman dalam menangani kes jenayah berkaitan keselamatan negara, pengintipan, dan keganasan.
-- BERNAMA