Dua gempa kuat gegarkan tengah Itali

Agensi
Oktober 26, 2016 07:15 MYT
Jurucakap palang merah Itali memaklumkan sebahagian besar penduduk meninggalkan kediaman masing-masing selepas gempa pertama. - TIZIANA FABI / AFP
Dua gempa kuat masing-masing berukuran lima perpuluhan lima dan 6.1 magnitud menggegarkan tengah Itali pada Rabu.
Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), memaklumkan gegaran pertama berlaku kira-kira tujuh petang waktu tempatan
Ia berpusat sembilan kilometer ke barat daya Visso dan enam kilometer dari kawasan gempa Ogos lalu yang mengorbankan 300 nyawa.
Sementara gempa susulan pada dua jam kemudian melanda 3.2 kilometer dari utara Visso.
Sehingga kini tiada laporan berhubung korban nyawa.
Jurucakap Palang Merah Itali memaklumkan sebahagian besar penduduk meninggalkan kediaman masing-masing selepas gempa pertama.
#Gempa bumi Itali #Jabatan Geologi Amerika Syarikat #USGS #Visso
;