Dua gempa kuat gegar Filipina, Indonesia

Astro Awani
Mac 13, 2022 07:10 MYT
Dua gempa kuat menggegarkan Filipina dan Indonesia awal pagi Isnin.
MANILA: Dua gempa bumi kuat melanda Filipina dan pulau Sumatera di Indonesia pada Isnin.
Di Filipina, gempa bumi berukuran 6.4 magnitud dikesan kira-kira 110 kilometer dari Morong di wilayah Bataan di pulau Luzon pada jam 5.05 pagi.
Setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan pada bangunan, lapor The Straits Times.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan berkata gempa berlaku pada kedalaman 11km.
Pusat Amaran Tsunami Kebangsaan AS berkata tiada risiko tsunami akibat daripada gempa itu.
Gempa dilaporkan "agak kuat tetapi singkat".
Tidak lama selepas itu, gempa bumi berukuran 6.7 magnitud pula menggegarkan barat Sumatera.
USGS berkata, pusat gempa berada pada kedudukan 167km barat bandar Pariaman berhampiran Kepulauan Batu pada kedalaman 21.8km.
Setakat ini tiada risiko tsunami dilaporkan.
#gempa bumi #USGS #Filipina #Indonesia
;