Dua gempa gegar Albania

Astro Awani
September 21, 2019 06:16 MYT
Menteri Kesihatan Albania berkata laporan awal menunjukkan sekurang-kurangnya 68 orang cedera, namun tidak mengalami kecederaan serius. - Gambar hiasan
Gempa bumi dengan kekuatan 5.8 magnitud menggegarkan barat Albania pada Sabtu.
Menurut Kementerian Pertahanan Albania, gempa pertama berlaku kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan dan berpusat di 13 kilometer utara bandar pelabuhan Durres, di Kepi i Rodonit.
Kata kementerian itu, gegaran dirasai di sepanjang pantai barat Albania.
Ia kemudian disusuli gempa kedua dengan kekuatan 5.3 magnitud menyebabkan penduduk keluar meninggalkan kediaman masing-masing.
Menteri Kesihatan Albania berkata laporan awal menunjukkan sekurang-kurangnya 68 orang cedera, namun tidak mengalami kecederaan serius.
Semua mangsa dirawat di hospital di Durres dan ibu kota Tirana.
#Albania #gempa bumi #kecederaan #meninggalkan kediaman
;