Dua gempa bumi kuat landa Kepulauan Loyalty
Bernama
Mei 20, 2023 12:21 MYT
Mei 20, 2023 12:21 MYT
KUALA LUMPUR: Dua gempa bumi kuat berukuran 6.0 dan 7.3 pada skala Richter dikesan berlaku di tenggara Kepulauan Loyalty pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi pertama berlaku pada 9.15 pagi itu berpusat di 913 kilometer (km) barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 58 km.
"Gempa kedua pula berlaku pada 10.10 pagi pada jarak 894 km barat daya dari Nadi, Fiji pada kedalaman 93 km," menurut kenyataan itu.
Bagaimanapun, kedua-dua gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA