Dua gempa bumi gegar Lombok

Bernama
Mac 17, 2019 15:56 MYT
Pulau Lombok di Indonesia digegarkan dalam satu kejadian gempa bumi petang tadi.
Pulau Lombok di Indonesia digegarkan dalam satu kejadian gempa bumi petang tadi.
Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia, gempa pertama berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku jam 2.07 petang waktu Indonesia Barat, berpusat di 24km timur laut Timur Lombok-Nusa Tenggara Barat.
Ia disusuli satu lagi gempa berukuran 5.2 pada skala Richter, berpusat di 7km barat laut Lombok Timur- Nusa Tenggara Barat, jam 2.09 petang, lapor Bernama.
Gegaran gempa itu dirasakan di Lombok Utara, Lombok Tengah, Lombok Barat dan sehingga ke Denpasar, Pulau Bali.
Tiada ancaman tsunami dilaporkan dan setakat ini belum terdapat laporan kesan atau impak gempa itu kepada penduduk serta kawasan setempat.
#BMKG #gempa bumi #Lombok #Lombok Tengah #Lombok Utara #pada skala Richter #Tiada ancaman tsunami
;