Dua feri berlanggar, usaha pencarian diteruskan

Astro Awani
September 9, 2021 05:12 MYT
Pasukan penyelamat gerakkan usaha bagi mencari mangsa yang hilang susulan kejadian pelanggaran feri. - Foto AP/Anupam Nath
NIMATI GHAT: Pihak berkuasa India giat melakukan operasi menyelamat 82 individu yang terlibat dalam kejadian pelanggaran dua feri di Sungai Brahmaputra di timur laut negara itu.
Menurut laporan agensi, salah sebuah feri itu karam akibat pelanggaran dan menyebabkan seorang wanita maut, manakala puluhan yang lain hilang.
Bagaimanapun Ketua Polis, Bhaskar Mahanta turut mengesahkan beberapa penumpang berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian pada Rabu.
Dianggarkan 120 orang penumpang berada dalam dua feri berkenaan.
Pelanggaran itu berlaku di Nimati Ghat yang terletak di sungai pelabuhan di Jorhat.
Perdana Menteri, Narendra Modi, menerusi ciapan Twitter, berkata beliau sedih dengan kemalangan itu dan menegaskan semua usaha dilakukan bagi menyelamatkan mangsa.
Paras air di Sungai Brahmaputra, laluan air utama di sistem sungai Himalaya, meningkat sejak beberapa minggu lalu susulan monsun.
#feri #pelanggaran #Sungai Brahmaputra #operasi menyelamat
;