Dua ekor harimau ditembak mati selepas membunuh penjaga zoo

Astro Awani
Mei 27, 2021 11:52 MYT
Siasatan awal mendapati kedua-dua harimau berkenaan milik sebuah sarkas di Suzhou sebelum ditempatkan di zoo tersebut. - Gambar hiasan
PIHAK berkuasa di China berjaya menembak mati dua ekor harimau yang terlepas daripada sebuah zoo di China pada Selasa.
Seorang penjaga zoo berkenaan turut maut selepas diserang ketika cuba memberi makan kepada harimau berkenaan di Nanyang, lapor agensi berita Xinhua News Agency.
Penjaga zoo itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di hospital berkenaan akibat kecederaan yang dialaminya.
Siasatan awal mendapati kedua-dua harimau berkenaan milik sebuah sarkas di Suzhou sebelum ditempatkan di zoo tersebut.
Menurut pihak berkuasa, harimau berkenaan ditembak mati bagi melindungi orang awam.
Kejadian kini dalam siasatan dan zoo di Danjiang Peacock Valley telah diarah tutup buat sementara.
#harimau #tembak mati #penjaga zoo #maut #China
;