Dua dikhuatiri maut dalam kebakaran bunuh diri atas kereta api
AFP
Jun 30, 2015 13:03 MYT
Jun 30, 2015 13:03 MYT
Dua dikhuatiri maut pada Selasa selepas satu percubaan bunuh diri atas sebuah kereta api berkelajuan tinggi 'shinkansen' yang sedang bergerak, di Jepun, lapor AFP.
"Kami telah dimaklumkan bahawa seorang penumpang di dalam gerabak kereta api tersebut telah menuang minyak pada badannya dan kemudian membakarnya," kata seorang jurucakap JR Central.
Kereta api tersebut yang merupakan kereta api berkelajuan tinggi Nozomi, sedang dalam perjalanan dari Tokyo ke arah Osaka apabila api meletus berhampiran Odawara, barat Tokyo.
"Kami menerima maklumat yang menunjukkan bahawa kebakaran berlaku berhampiran tandas, dan dua orang tersebut, jantung mereka terhenti," kata seorang jurucakap Jabatan Bomba Odawara.
"Penumpang lain turut cedera," katanya tanpa menyatakan jumlah yang cedera.