Dua cedera dalam insiden bom terbaharu di Austin

Agensi
Mac 19, 2018 16:54 MYT
Lebih 500 agen persekutuan kini membantu polis tempatan menyelesaikan kes ini. - Reuters
Sekurang-kurangnya dua orang tercedera dipercayai dalam lingkunan usia 20an, dalam insiden letupan bom di Austin, Texas pada Ahad.
Kejadian susulan beberapa insiden letupan bom di bandar tersebut awal bulan Mac yang meragut nyawa dua orang manakala dua lagi cedera.
Polis masih belum mengesahkan jika kejadian pada Ahad ada kaitan dengan serangan sebelum ini, namun orang ramai dinasihatkan untuk berada di dalam rumah buat masa ini.
Serangan terbaharu berlaku beberapa jam selepas pihak berkuasa menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM391,600) kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang insiden tersebut.
Ganjaran ini adalah tambahan daripada AS$15,000 (RM58,740) yang ditawarkan oleh gabenor negeri sebelum ini.
Ketua Polis Austin, Brian Manley percaya serangan tersebut dilakukan bagi menyampaikan satu mesej.
Katanya, pihak berkuasa masih belum dapat mengesahkan siapa dalang disebalik kejadian tersebut namun merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil.
Beliau turut memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak menyentuh apa-apa bungkusan yang diterima tanpa sebab.
"Kesemua bom telah meletup selepas dibuka," katanya lagi.
Lebih 500 agen persekutuan kini membantu polis tempatan menyelesaikan kes ini namun sebarang penangkapan masih belum dibuat.
Pihak berkuasa berkata sejak Isnin lalu, mereka menerima 735 laporan mengenai bungkusan mencurigakan di bandar tersebut.

If you see or receive a suspicious package, do NOT touch or handle it. Call 9-1-1 immediately so that we can get officers out to assist you. #AustinPD #ATX #Safety pic.twitter.com/eScYLxpbfD

— Austin Police Dept (@Austin_Police) March 17, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bom pertama meletup pada 2 Mac, yang meragut nyawa Anthony Stephan House, 29 tahun, di rumahnya.
10 hari kemudian, dua lagi bom meletup yang kemudian disahkan mempunyai kaitan dengan bom pertama.
Insiden kedua meragut nyawa Draylen William Mason, 17 tahun, selepas dia membawa masuk bungkusan ke dalam rumahnya.
Ibu Draylen cedera parah dalam kejadian tersebut.
Beberapa jam kemudian, warga emas berusia 75 tahun keturunan Amerika Latin cedera disebabkan satu bungkusan lain.
Media tempatan melaporkan bungkusan tersebut mungkin ditujukan kepada orang lain.
Pegawai penyiasat berkata, kesemua bungkusan tersebut ditinggalkan di hadapan rumah mangsa oleh seseorang dan tidak dihantar oleh perkhidmatan pos rasmi.
#Austin #bom #bungkusan #cedera #maut #Texas
;