Dua askar India terbunuh, dua cedera di Kashmir

Bernama
September 14, 2024 11:30 MYT
Kedua-dua pihak saling berbalas tembakan di kawasan Chatroo di Kishtwar yang menyebabkan empat tentera cedera. - Foto fail/BERNAMA
NEW DELHI: Dua tentera India terbunuh dan dua lagi cedera dalam pertempuran dengan militan di daerah Kishtwar, di Jammu dan Kashmir pada Jumaat.
Kor White Knight tentera India mengesahkan kematian dua anggota itu di platform media sosial X.
Sebelum ini, ia melaporkan kedua-dua pihak saling berbalas tembakan di kawasan Chatroo di Kishtwar yang menyebabkan empat tentera cedera.
Dalam satu lagi operasi antipemberontakan di Kashmir, dua militan terbunuh di Khandara dalam daerah Kathua, kata Kor Rising Star tentera pada Jumaat.
-- BERNAMA
#pertempuran #militan #tentera #Kor White Knight
;