Dua artifak lama Thailand didakwa dicuri, dipulangkan ke negara asal

Astro Awani
Mei 29, 2021 10:36 MYT
Artifak itu berasal dari lokasi bersejarah Prasat Khao Lon, di Sa Kaeo, dan Prasat Nong Hong, di wilayah Buri Ram. - Foto AFP
SAN FRANCISCO: Dua ukiran batu pasir kuno yang dipercayai dicuri dari Thailand dan diseludup ke Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam dikembalikan semula ke negara asal.
Ukiran itu berada dalam sebuah kuil pada abad ke-10 dan menampilkan dewa-dewa Hindu Indra dan Yama.
Untuk berdekad lamanya, ia telah dipamerkan di Muzium Seni Asia San Francisco.
Dalam pada itu, pihak Muzium itu menjelaskan, mereka sentiasa bersedia untuk memulangkannya ke Thailand.
Namun, mereka menafikan semua tuduhan pakar bahawa pihak muzium mencurinya.
"Kami sangat gembira kerana ia akan kembali ke negara asal," kata Jay Xu, pengarah muzium, dalam satu kenyataan.
Artifak itu berasal dari lokasi bersejarah Prasat Khao Lon, di Sa Kaeo, dan Prasat Nong Hong, di wilayah Buri Ram.
Upacara penyerahan di Los Angeles awal minggu ini disempurnakan pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Konsulat Thailand.
#Thailand #Vietnam #Asia #Los Angeles #Amerika Syarikat #Artifak #lama #kuil
;