Dua anggota polis terkorban jambatan runtuh

Astro Awani
April 13, 2023 07:45 MYT
Beberapa kenderaan terperangkap selepas Jambatan El-Alambrado runtuh di Caicedonia, Colombia. - Foto AP
CAICEDONIA: Dua invididu maut sementara 12 yang lain cedera dalam kejadian jambatan runtuh di Colombia.
Angkatan Tentera Colombia sedang menyiasat punca runtuhnya Jambatan El-Alambro yang menghubungkan beberapa bandar di barat daya negara Amerika Selatan itu.
Jambatan berkenaan dianggap penting bagi penduduk setempat sebahagiannya bagi tujuan pengangkutan barangan.
Jambatan itu runtuh ketika beberapa kenderaan sedang melaluinya.
Menteri Pertahanan Colombia, Roberto Jaramillo mengesahkan kematian dua pegawai polis yang menghantar bekalan ke sebuah institut polis berhampiran.
Kemalangan tersebut telah menyebabkan beberapa kenderaan terperangkap.
Kementerian Pertahanan dan Pengangkutan sedang mencuba menentukan punca insiden terbabit.
#jambatan runtuh #anggota polis #Jambatan El-Alambro #kenderaan terperangkap
;