PATTANI: Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Pattani, selatan Thailand hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan), tiga lagi anggota keselamatan turut cedera dalam kejadian yang berlanjutan hampir 8 jam .
Komander Pasukan Petugas Pattani (Commander of the Pattani Task Force) Mej Jen Komkrit Rattanachaya berkata bertindak atas maklumat, pasukan keselamatan mengepung dua buah kampung yang dipercayai menjadi tempat persembunyian anggota bersenjata di daerah Saiburi, Pattani.
"Apabila pasukan keselamatan mendekati kedua-dua kampung itu, anggota militan mula melepaskan tembakan. Mereka turut melontarkan bom ke arah pasukan keselamatan.
"Berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan berlanjutan lebih 7 jam. Pegawai keselamatan turut meminta mereka menyerah diri tetapi mereka enggan.
"Apabila insiden berbalas tembakan tamat, kami menemui kedua-dua lelaki meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Komkrit berkata operasi dilancarkan untuk menjejaki suspek yang melarikan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021
Dua lelaki dipercayai anggota militan maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Pattani, selatan Thailand hari ini. - Gambar hiasan
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Dua askar India terbunuh, dua cedera di Kashmir
Dua tentera India terbunuh dan dua lagi cedera dalam pertempuran dengan militan di daerah Kishtwar, di Jammu dan Kashmir pada Jumaat.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Fahmi kecam tindakan Meta turunkan hantaran Anwar bertemu Hamas
Kementerian Komunikasi mengecam tindakan syarikat induk Facebook, Meta Platforms yang menurunkan posting syarikat media berkaitan pertemuan PM, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sayap politik, Hamas.
Pilihan raya tamat, Pakistan mula proses kira undi
Pakistan mula melakukan kiraan undi selepas proses mengundi pengundian tamat dalam pilihan raya umum pada Khamis.
Kolonel tentera, pegawai kanan polis maut serangan militan
Ketika pertempuran berlaku, mereka sedang menjalankan operasi anti-pemberontak di daerah Anantnag.
Iraq sekat aplikasi telegram susulan kebimbangan keselamatan
Iraq pada Ahad menyekat aplikasi pesanan segera Telegram susulan kebimbangan terhadap keselamatan negara.
Empat maut dalam letupan sasar kenderaan polis
Kumpulan pemisah Tentera Pembebasan Balochistan (BLA) mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.
KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan
Fahmi Fadzil berkata ia supaya penyebarannya tidak terus berleluasa mempengaruhi umat Islam dalam negara.
Tiada kompromi kepada madrasah jalankan penderaan kepada penghuni - Idris
Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana madrasah di negara ini yang didapati menjalankan penderaan ala militan kepada penghuninya.
Lima lelaki dipercayai militan maut dalam insiden berbalas tembakan
Insiden terbaharu berlaku di daerah Raman, Yala pada Jumaat menyaksikan dua anggota militan maut.