Drama tebusan berakhir

Astro Awani
September 25, 2013 01:40 MYT
Presiden Uhuru Kenyatta mengesahkan insiden tawanan di pusat membeli belah di Westgate telah tamat.
Beliau juga turut mengiystiharkan perintah berkabung selama 3 hari selepas drama tebusan yang mengorban lebih 67 nyawa berakhir.
6 anggota keselamatan dilaporkan terbunuh manakala 11 kumpulan bersenjata berjaya ditawan.
Laporan perisikan mendakwa seorang wanita warga Britain dan sekurang-kurangnya dua rakyat Amerika Syarikat dikatakan terbabit melakukan serangan.
Butiran lanjut mengenainya bagaimanapun tidak diberikan.
Sebelum ini, kumpulan pemberontak As Shabab di Somalia dalam laman Twitternya menafikan pembabitan sebarang wanita dalam serangan berkenaan.
Dalam kenyataannya, Nairobi yakin As Shahab tidak bertindak sendirian sebaliknya ia dikaitkan dengan rangkaian kumpulan Al Qaeda dan dianggarkan lebih 20 penyerang terbabit.
#Kenya #Nairobi #pusat mebeli belah #tawan