Draf pertama Perlembagaan baharu Thailand sudah siap

Agensi
April 17, 2015 13:51 MYT
Semasa insiden bulan Mei 1992, rakyat Thailand memperjuangkan demokrasi hingga mengorbankan nyawa. - Gambar fail
Draf pertama Perlembagaan baharu Thailand telah disiapkan selepas hampir setahun sejak pemerintahan tentera mengambil alih pentadbiran sebelumnya.
Menurut Jawatankuasa Draf Perlembagaan (CDC) sejumlah 36 orang yang dilantik tentera itu, draf yang ke-20 sejak tahun 1932 berkenaan akan memperkenalkan banyak elemen baharu.
Ia dibentuk bagi menangani pelbagai masalah politik sebelum ini seperti monopoli kuasa oleh pegawai yang dilantik, ketiadaan penilaian timbang tara, budaya politik wang dan rasuah.
“Kami ingin melihat setiap ahli politik mesti mengikut peraturan dan tanggungjawab moral dan bukan sekadar undang-undang malah etika.
“Maka, kami telah membentuk Majlis Etika Kebangsaan untuk memantau sikap ahli politik,” ujar Timbalan Pengerusi CDC Dr Suchit Bunbongkarn.
Di bawah Perlembagaan baharu, anggota Senat yang baharu akan sepenuhnya dilantik jawatankuasa pusat, sementara individu yang bukan dilantik boleh menjadi Perdana Menteri dalam situasi darurat.
Bagaimanapun, sesetengah pemerhati memandang berat klausa berkenaan yang dikatakan tidak demokratik.
“Terdapat banyak pemindahan kuasa daripada badan yang dilantik kepada yang bukan dilantik,” ujar penganalisa politik UNiversiti Chulalangkorn Dr Siripan Ngsuan Sawasdee.
Menurutnya, semasa insiden bulan Mei 1992, rakyat memperjuangkan demokrasi hingga mengorbankan nyawa agar mereka dapat melantik ahli Parlimen.
“Sekarang ini kita sepeolah-olah sudah lupa tentangnya dan membenartkan ia berlaku sekali lagi. Ini merendahkan nilai pilihanraya,” tegasnya.
#Perlembagaan #politik #Thailand
;