Dr Tamader pecah tradisi Arab Saudi, jadi wanita pertama dalam kabinet
Agensi
Februari 27, 2018 13:49 MYT
Februari 27, 2018 13:49 MYT
Dr Tamader Yousef Al-Rammah menjadi wanita pertama dalam sejarah pentadbiran Arab Saudi apabila dilantik menjadi Timbalan Menteri Pekerjaan.
Selain jawatan kabinet, Dr Tamader turut dilantik sebagai Penyelia Agensi Sosial, Keluarga dan Kebajikan Arab Saudi.
Sebelum ini Dr Tamader memegang jawatan sebagai pensyarah di King Saud University.
Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai wakil tetap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Arab Saudi pada 2016.
Dr Tamader adalah pemegang Ijazah Kedoktoran Radiology dan Kejuruteraan Perubatan dari Manchester University.
Pelantikan terbabit susulan pengumuman mengejut dibuat Raja Salman Raja Abdullah pada Selasa.
Keputusan tersebut dibuat susulan penglibatan negara itu di dalam perang saudara di Yaman yang belum berakhir.