Donald Trump muncul dalam video merekrut ahli militan
The Washington Post
Januari 3, 2016 11:46 MYT
Januari 3, 2016 11:46 MYT
BERIKUTAN serangan Paris pada tahun lalu, calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau "sangat mempertimbangkan" untuk menutup beberapa masjid.
Pada Disember, The Washington Post melaporkan bahawa puak ekstremis telah mula menggunakan calon presiden Republikan itu sebagai alat untuk mengrekrut ahli baharu.
Menurut satu laporan BBC, sebuah video propaganda sekutu Al-Qaeda yang berpangkalan di Somalia telah diterbitkan mempamerkan beberapa klip video Trump menyeru kerajaan Amerika Syarikat untuk menghalang orang Islam daripada memasuki negara Uncle Sam itu.
Video tersebut dihasilkan sebagai sebuah dokumentari menyeru warga Afrika-Amerika untuk menyertai perang suci menentang Amerika Syarikat, lapor BBC.
Video itu turut mendakwa Amerika Syarikat dipenuhi dengan sentimen perkauman, keganasan polis, dan sentimen anti-Islam dengan memasukkan beberapa klip rakaman video sejarah Malcolm X, dan rakaman beberapa warga Afrika Amerika dalam penjara, lapor CNN.
Selain rakaman video Trump, NBC melaporkan perekrut al-Qaeda, Al-Awlaki turut berada dalam video yang sama, dengan dia menyeru seluruh umat Islam di Amerika Syarikat untuk berpindah ke negara-negara Islam atau berperang menetang Barat di tanah air sendiri. Al-Awlaki merupakan warganegara Amerika, yang terbunuh dalam satu serangan jet di Yaman pada tahun 2011.
"Semalam, Amerika merupakan tanah perhambaan, pengasingan, Ku Klux Klan danies akan menjadi sebuah negara yang mendiskriminasikan agama dan akhirnya, Barat akan menentang rakyat Islamnya sendiri di negaranya," kata Al-Awlaki dalam petikan video berkenaan.
Menurut BBC, Yayasan al-Kataib Media menerbitkan video berkenaan di Twitter pada Jumaat.
Pasukan kempen Trump gagal memberikan respon berhubung isu video itu.
Video propaganda yang berdurasi 51 minit itu turut memaparkan rakaman kenyataan kontroversi Trump selepas serangan di San Bernardino, A.S. berbunyi: "Orang Islam dilarang memasuki Amerika Syarikat, sehingga wakil negara kita mencari punca apa yang sedang berlaku."
Sementara itu, calon presiden parti demokratik Hillary Clinton berkata, Trump melontarkan kata-kata yang membantu kumpulan militan untuk menyebarkan propaganda melalui beberapa medium termasuk media sosial dan media konvensional.
"Kalau anda menonton kaca televisyen Arab, video Trump diterjemahkan kepada bahasa Arab," kata Cliton dalam satu majlis di Iowa bulan lalu.
"Bila Trump berkata orang Islam tidak lagi boleh datang ke Amerika Syarikat dan mengeluarkan kenyataan lain yang menghina, Trump hanya menyemarakkan lagi api terhadap kumpulan militan untuk membuat tuntutan propaganda mereka melalui media sosial dan pelbagai saluran."
Trump bagaimanapun menafikan kenyataan Clinton.
"Itu antara pembohongan Clinton. Dia seorang pembohong dan semua orang tahu mengenai itu," kata Trump dalam satu rancangan di NBC, baru-baru ini.