Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Astro Awani
Disember 15, 2024 10:50 MYT
Disember 15, 2024 10:50 MYT
WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan Presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Menurut beliau, jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Mengulas lanjut, Trump memaklumkan, Grenell akan berkhidmat di beberapa lokasi panas di seluruh dunia, termasuk Venezuela dan Korea Utara namun tidak memperincikan tugasan tersebut lebih lanjut.
Grenell pernah berkhidmat sebagai duta besar ke Jerman, utusan presiden khas untuk rundingan keamanan Serbia dan Kosovo, serta sebagai pengarah sementara perisikan negara di bawah pentadbiran Trump dari 2017 hingga 2021.
Selepas berkempen untuk Trump pada November lalu, beliau merupakan calon utama untuk jawatan setiausaha negara, yang akhirnya diberikan kepada Senator AS, Marco Rubio.
Nama Grenell juga antara yang disebut untuk jawatan utusan khas dalam konflik Ukraine, yang diberikan kepada jeneral bersara, Keith Kellogg.