Donald Trump 'hadiahkan' saya wang selepas kami bersama - Model Playboy dedah hubungan terlarang

Agensi
Mac 23, 2018 05:00 MYT
Dakwaan hubungan sulit itu bagaimanapun dinafikan oleh White House. - Foto Reuters
BERITA mengenai skandal seks melibatkan Presiden Amerika Syarikat nampaknya masih belum reda.
Bekas model majalah Playboy, Karen McDougal terus mendedahkan perangai 'jijik' presiden Amerika Syarikat yang ke-45 itu.
Namun, menerusi satu temu bual eksklusif bersama Anderson Cooper di saluran CNN, McDougal mendedahkan Trump sering kali ingin ‘menghadiahkannya’ wang selepas melakukan hubungan seks bersama.
“Selepas kami melakukan hubungan seks, Trump cuba membayar saya, namun saya tidak tahu bagaimana ingin menerima wang tersebut,” katanya.
McDougal muncul di saluran CNN untuk menceritakan mengenai hubungan terlarangnya bersama suami orang iaitu Trump yang dijalin sepuluh tahun lalu. Kejadian itu nyata memberikan tekanan terhadapnya.
Wanita berusia 47 tahun ini turut meminta maaf kepada Melania Trump hubungan terlarang tersebut terjalin ketika tempoh awal perkahwinan Presiden AS itu dengan Melania.
“Apa yang boleh saya katakan selain memohon maaf kepada Melania, saya juga tidak mahu perkara ini berlaku kepada diri saya,” tambahnya.
Menurut McDougal lagi, dia dan Trump akan bertemu sekurang-kurangnya lima kali sebulan serta kerap menjalin hubungan seks bersama.
Satu lagi pendedahan yang mengejutkan apabila bekas model Playboy ini menambah bahawa Trump tidak pernah menggunakan sebarang bentuk perlindungan sewaktu mereka bersama.
Dakwaan hubungan sulit itu bagaimanapun dinafikan oleh White House.
Tambahnya lagi, dia yang turut mengundi Trump ketika pilihan raya presiden, selain faham tindakan Trump menafikan perkara tersebut.
Selain itu, McDougal turut tampil buat pertama kali di televisyen selepas memfailkan saman terhadap American Media Inc yang merupakan sebuah anak syarikat The National Enquirer awal minggu lalu.
Jurucakap korporat kepada American Media Inc pada Selasa turut mengeluarkan kenyataan kepada CNN bahawa McDougal bebas memberikan sebarang kenyataan mengenai skandal tersebut dan pihak mereka tidak pernah melarangnya berbuat demikian.
#Donald Trump #Karen McDougal #Playboy #White House
;