Donald Trump gagal cabar keputusan pilihan raya di Wisconsin
Agensi
Disember 12, 2020 08:05 MYT
Disember 12, 2020 08:05 MYT
MADISON: PERMOHONAN Presiden Donald Trump untuk mencabar keputusan pilihan raya presiden di Wisconsin gagal.
Sebaliknya Hakim Stephen Simanek memutuskan pilihan raya dijalankan dengan telus.
Keputusan pilihan raya presiden di Wisconsin, selepas pengiraan semula di daerah Dane dan Milwaukee, adalah kekal.
Trump sebelum ini memohon untuk membatalkan 221,000 undi.
Ini termasuk undi yang dijalankan secara pos atas dakwaan ada kelompongan dalam proses pengundian.
Trump juga mohon kemenangan calon Demokrat Joe Biden dibatalkan.
Beliau turut mendakwa wujud penipuan dalam pengundian.
Trump bagaimanapun akan kemukakan rayuan terhadap keputusan ini.
Biden menang di Wisconsin dengan 200,600 undi.
#Donald Trump
#Joe Biden
#Wisconsin
#cabar keputusan pilihan raya presiden
#Stephen Simanek
#keputusan kekal