Donald Trump disoal siasat Pejabat Peguam Negara New York

Astro Awani
Ogos 11, 2022 08:15 MYT
Prosiding terbaharu itu adalah sebagai sebahagian daripada siasatan sama ada Trump mengambil rekod sulit apabila meninggalkan White House sebelum ini. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump tiba di pejabat Peguam Negara New York untuk disoal siasat.
Perkembangan itu menyusul beberapa hari selepas Biro Siasatan Persekutuan (FBI) menyerbu kediaman mewahnya di Mar-A-Lago pada Isnin dan memecah masuk peti besinya.
BACA: Mar-A-Lago, kediaman mewah Donald Trump diserbu ejen FBI
Siasatan ke atas Trump itu dilakukan secara bersumpah dengan diketuai Peguam Negara Letitia James.
Trump sebelum ini berkata, beliau tidak akan bekerjasama jika prosiding itu dilakukan bukan secara bersumpah.
Prosiding terbaharu itu adalah sebagai sebahagian daripada siasatan sama ada beliau mengambil rekod sulit apabila meninggalkan White House sebelum ini.
Siasatan Mahkamah Sivil New Yyork mendakwa bahawa syarikat Trump dan organisasi Trump tidak mengisytiharkan nilai aset seperti padang golf dan bangunan pencakar langit, pemberi pinjaman yang mengelirukan dan pihak berkuasa cukai.
Sumber sebelum ini sahkan serbuan itu membabitkan penyingkiran rekod sulit oleh Trump dari White House.
Sebelum ini kepimpinan demokrat dikritik kerana terlalu berhati-hati dalam menyiasat Trump berhubung percubaannya untuk membatalkan kekalahannya dalam Pilihan Raya 2020 kepada Joe Biden.
#Donald Trump #FBI #Letitia James #Mahkamah Sivil New York
;