Donald Trump didenda AS$5,000 kerana ingkar perintah mahkamah

Agensi
Oktober 20, 2023 05:00 MYT
Donald Trump didenda sebanyak AS$5,000 oleh seorang hakim di New York pada hari Jumaat atas pelanggaran perintah berdiam diri untuk tidak bercakap mengenai mana-mana kakitangan mahkamah secara terbuka. - Gambar fail AP
NEW YORK: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump didenda sebanyak AS$5,000 (RM23,800) oleh seorang hakim di New York pada hari Jumaat atas pelanggaran perintah berdiam diri untuk tidak bercakap mengenai mana-mana kakitangan mahkamah secara terbuka - walaupun sebelum ini beliau telah diberi amaran dua kali mengenai kemungkinan dipenjara.
Hakim Arthur Engoron dalam perintahnya berkata: "Donald Trump telah diberi amaran yang memadai oleh mahkamah mengenai akibat yang mungkin berlaku jika melanggar perintah berdiam diri. Beliau secara khusus mengakui bahawa beliau memahami dan akan mematuhinya.
"Oleh itu, memberikan amaran lagi bukanlah sesuatu yang sesuai; Mahkamah ini (berfungsi) lebih jauh di sebalik peringatan itu."
Pada hari kedua perbicaraan pada 3 Oktober lalu, Engoron mengeluarkan perintah kepada semua pihak agar tidak bercakap mengenai mana-mana kakitangan mahkamah setelah Trump berkongsi hantgaran di Truth Social menyerang seorang kerana Engoron.
Trump mendakwa kerana itu adalah "teman wanita" kepada pemimpin Majoriti Senat Chuck Schumer iaitu seorang pemimpin Demokrat New York serta memaparkan gambar mereka bersama.
Bagaimanapun, Trump akhirnya memadam hantaran tersebut selepas perintah agar tidak bercakap mengenai kakitangan mahkamah dikeluarkan.
Di mahkamah, Engoron menegur peguam mantan Presiden AS tersebut atas "pelanggaran terang-terangan" terhadap perintah itu dan mencadangkan bahawa pelanggaran tersebut boleh mengakibatkan anak guamnya "dipenjara." - Agensi
#Donald Trump #Donald Trump didenda #ingkat perintah mahkamah #Hakim Arthur Engoron
;