Donald Trump calonkan Christopher Wray sebagai Pengarah FBI

Agensi
Jun 7, 2017 13:27 MYT
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu berkata beliau bercadang untuk mencalonkan bekas pembantu peguam negara AS di bawah pentadbiran George W. Bush, untuk mengetuai Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), lapor Reuters.
"Saya akan mencalonkan Christopher A. Wray, seorang lelaki dengan kelayakan yang cemerlang, untuk menjadi Pengarah FBI. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian," ujar Trump melalui akaun Twitternya.
#Amerika Syarikat #Christopher Wray #Donald Trump #FBI